PESANAN RASMI HERBALUXE · PILIHAN COD SELURUH MALAYSIA
FORTIFLEXBY HERBALUXE
Lihat pakej ↗

Kolagen Sendi Jeli · Sains Jerman + Tradisi Tanah Arab

Sendi Kaku, Lutut Berbunyi & Sakit Setiap Kali Naik Tangga?

Kenali Fortiflex dengan FORTIGEL® Collagen Peptides.

Peptida kolagen yang dikaji untuk keselesaan sendi, dalam jeli yang mudah diamalkan.

Jeli koyak-hisap1 sachet sehariCOD +RM10/pesanan
KENALI BAHAN UTAMAFORTIGEL®BIOACTIVE COLLAGEN PEPTIDES
Kotak Fortiflex rasa Pomegranate Mix Berry
Situasi ketidakselesaan ketika naik tangga

Sains bahan, untuk pergerakan harian.Peptida kolagen daripada GELITA, Jerman.
Bahan utama formula Fortiflex.

Bila sendi mula tak selesa

Pernah hadapi
masalah ini?

Wanita mula bergerak selepas bangun tidur

Bangun pagi, gerak perlahan dulu.

Sendi terasa kaku sebelum mula melangkah.

Wanita menggunakan kerusi ketika solat

Nak sujud, lutut pula sakit.

Sampai perlu solat menggunakan kerusi.

Wanita memegang sokongan ketika menaiki tangga

Naik tangga kena cari sokongan.

Naik perlahan-lahan sambil pegang dinding atau pemegang tangga.

Wanita hendak bangun dari sofa

Duduk sekejap. Nak bangun, susah.

Terasa berat dan lenguh selepas duduk lama.

Wanita berehat ketika bersama cucu

Nak ikut cucu bermain pun penat.

Baru sekejap bermain, dah rasa kebas dan kena berehat.

Nak solat, buat kerja rumah dan keluar dengan keluarga pun kita harap dapat bergerak dengan selesa.

Bila aktiviti harian mula terganggu

Nak keluar berjalan pun
fikir dua kali.

Ada hari nak ikut keluarga keluar pun fikir dua kali sebab risau lutut tak selesa.

Mungkin dah cuba minyak urut, koyok, glucosamine atau kolagen. Bila masih tak selesa, memang susah nak tahu produk mana pula yang patut dicuba.

Kalau nak cuba kolagen, tengok apa bahannya dan kajian yang dibuat terhadap bahan itu. Nama “kolagen” sahaja belum cukup untuk kita menilai.
Pasangan berjalan bersama di taman

Rawan di dalam lutut

Di dalam lutut ada “kusyen”.
Itulah rawan.

Bayangkan lapisan kusyen di hujung tulang lutut. Lapisan itu ialah rawan. Ia mempunyai permukaan yang licin dan membantu menyerap tekanan.

Ilustrasi struktur lutut: tulang, rawan dan ruang sendi

Apa fungsi rawan?

01

Permukaan yang licin.

Membantu hujung tulang bergerak dengan lancar apabila lutut dibengkokkan atau diluruskan.

02

Kusyen penyerap tekanan.

Macam kusyen menerima beban ketika kita duduk, rawan membantu menyerap tekanan ketika kita bergerak.

Sebab itu rawan penting untuk pergerakan lutut. Ia sebahagian daripada sendi yang kita nak jaga.
Ilustrasi struktur dan fungsi. Ketidakselesaan sendi boleh melibatkan pelbagai tisu dan faktor.

Jadi, apa kaitan FORTIGEL® dalam Fortiflex dengan rawan ini?

Sachet Fortiflex dengan gambaran rasa delima dan beri

Perkenalkan Fortiflex

Fortiflex.
Jeli kolagen untuk
penjagaan sendi.

Rasa Pomegranate Mix Berry.
1 sachet sehari.

Satu sachet ialah satu paket kecil jeli. Koyak dan terus makan. Tak perlu bancuh atau telan pil.

Bagaimana FORTIGEL® berkait dengan rawan?

FORTIGEL® menyokong penghasilan
bahan pembentuk rawan.

Rawan ibarat kusyen. Kondrosit pula sel yang menghasilkan bahan untuk membentuk kusyen itu.

Pembesaran kondrosit dan matriks rawan dengan rangkaian kolagenKONDROSIT = SEL PENGHASIL BAHAN RAWAN

Sel itu dipanggil kondrosit. Bayangkan sel ini macam “pekerja” yang menghasilkan bahan pembentuk rawan.

Kolagen

Macam jaring penyokong di dalam kusyen. Salah satunya ialah Kolagen Jenis II.

Proteoglikan

Macam span yang memegang air. Bersama kolagen, ia membantu rawan menahan tekanan.

DI SINILAH PERANAN FORTIGEL®

GELITA membangunkan FORTIGEL® untuk merangsang sel rawan menghasilkan kolagen dan proteoglikan.

Perumpamaan ini menerangkan fungsi rawan dan mekanisme bahan yang dihuraikan oleh GELITA. Kajian manusia dan dapatan yang diukur ditunjukkan dalam bahagian kajian.

Rawan membantu sendi bergerak lancar dan menyerap tekanan. Sebab itu penjagaannya berkait dengan perkara yang kita mahu buat setiap hari: bangun dari kerusi, berjalan dan naik tangga dengan lebih selesa.

Apa yang ada dalam Fortiflex?

FORTIGEL®, Boswellia AKBA,
ekstrak Haskap dan Inulin.

Gambaran bahan peptida kolagen

Bahan utama · GELITA, Jerman

FORTIGEL® Collagen Peptides

Kolagen yang dipecahkan kepada rantai lebih pendek, dipanggil peptida. Bahan FORTIGEL® dikaji pada manusia untuk ketidakselesaan sendi.

Resin Boswellia

Boswellia AKBA

Boswellia ialah ekstrak resin pokok yang dikenali sebagai kemenyan. AKBA ialah salah satu bahan di dalamnya untuk menyokong keselesaan sendi.

Jeli kolagen merah

Bentuk jeli

Sedia dimakan dalam sachet. Senang dibawa ketika keluar rumah.

Gambaran rasa beri dalam formula Fortiflex

EnduBerry™ Nu

Ekstrak buah Haskap yang mengandungi antosianin, sejenis antioksidan. Antioksidan membantu meneutralkan molekul yang boleh merosakkan sel. EnduBerry™ Nu ialah ramuan; Pomegranate Mix Berry pula ialah rasa jeli.

Akar chicory sebagai sumber inulin

Inulin prebiotik

Inulin ialah serat yang menjadi makanan untuk bakteria baik dalam usus. Serat seperti ini dipanggil prebiotik.

Nak bergerak lebih selesa.Bangun dari kerusi dan buat urusan sendiri tanpa terlalu banyak berkira tentang pergerakan.

Bahan utama Fortiflex

Kenapa kami menggunakan
FORTIGEL®?

FORTIGEL® ialah peptida kolagen daripada GELITA, Jerman. Kajian pada manusia menilai bahan ini untuk ketidakselesaan sendi.

Serbuk kolagen peptida

Dari GELITA, Jerman.

FORTIGEL® dibangunkan oleh GELITA, pengeluar kolagen di Jerman.

Kaki ketika menaiki tangga

Dikaji untuk sendi.

Kajian mengukur ketidakselesaan ketika berjalan dan melakukan aktiviti fizikal.

Jeli merah sebagai gambaran format Fortiflex

Dalam bentuk jeli.

Fortiflex mengandungi FORTIGEL® dalam sachet sedia dimakan.

Kajian FORTIGEL® pada manusia

Apa hasil kajian FORTIGEL®
pada manusia?

Penyelidik membahagikan peserta kepada dua kumpulan. Satu mengambil FORTIGEL®, satu lagi mengambil plasebo. Kemudian tahap sakit mereka dibandingkan.

Plasebo itu apa?

Bahan bandingan tanpa FORTIGEL® yang sedang diuji. Ia membantu penyelidik membandingkan hasil kedua-dua kumpulan.

Skor sakit itu apa?

Markah untuk merekod tahap sakit. Markah yang lebih rendah bermaksud rasa sakit yang kurang.

KAJIAN BAHAN FORTIGEL®2024
Dr. med. Claas Schulze, Penulis pertama kajian
Dr. med. Claas SchulzePenulis pertama kajian
Practice of Surgery Bad Schwartau · Jerman

Apa yang dikaji?

Ketidakselesaan sendi ketika berjalan.

Orang dewasa dengan ketidakselesaan lutut atau pinggul semasa aktiviti harian.

154Peserta dianalisis
12Minggu kajian
PlaseboPerbandingan
APA YANG DITEMUIMengikut penilaian doktor, kumpulan FORTIGEL® mengalami pengurangan sakit ketika berjalan yang lebih besar berbanding kumpulan plasebo.
DITERBITKAN DALAM JURNALInternational Journal of Environmental Research and Public HealthSchulze, Schunck, Zdzieblik & Oesser · 2024 · 21(6):687. Pasukan daripada Practice of Surgery Bad Schwartau dan Collagen Research Institute.
Butiran ringkas kajian

Bahan yang diuji ialah FORTIGEL®. 182 peserta dirawakkan; 154 selesai dan dianalisis. Perbezaan purata pengurangan skor sakit ketika berjalan antara kumpulan sekitar 0.54 mata pada skala 10 mata, berdasarkan penilaian doktor. Ukuran ini menilai ketidakselesaan, bukan pertumbuhan semula rawan.

Kajian FORTIGEL 2024: pengurangan purata skor sakit ketika berjalan selepas 12 minggu, berdasarkan penilaian doktor. FORTIGEL 1.68 mata dan plasebo 1.14 mata pada skala sakit asal 0 hingga 10; perbezaan 0.54 mata. 154 peserta dewasa dianalisis.
KAJIAN BAHAN FORTIGEL®2021
Prof. Daniel König, Penulis bersama kajian
Prof. Daniel KönigPenulis bersama kajian
University of Vienna · Austria

Apa yang dikaji?

Ketidakselesaan lutut ketika aktiviti fizikal.

Kajian melibatkan dewasa aktif berumur 18 hingga 30 tahun serta penyelidik dari University of Freiburg, Collagen Research Institute dan University of Vienna.

180Peserta tamat kajian
12Minggu kajian
18–30Umur peserta
APA YANG DITEMUISakit lutut semasa aktiviti berkurang lebih banyak dalam kumpulan peptida kolagen berbanding kumpulan plasebo.
DITERBITKAN DALAM JURNALNutrientsZdzieblik, Brame, Oesser, Gollhofer & König · 2021 · 13(2):523.
Butiran ringkas kajian

Bahan yang diuji ialah FORTIGEL®. Peserta dibahagikan secara rawak. Peserta dan penilai tidak tahu siapa menerima FORTIGEL® atau plasebo semasa kajian (dwi-buta). Kajian menilai sakit lutut semasa aktiviti dalam kelompok dewasa aktif ini. Ukuran pergerakan lutut tidak menunjukkan perbezaan yang bermakna secara statistik antara kumpulan.

Kajian FORTIGEL 2021: pengurangan purata skor sakit lutut ketika aktiviti selepas 12 minggu, berdasarkan penilaian peserta. FORTIGEL 21.9 mata dan plasebo 15.6 mata pada skala sakit asal 0 hingga 100; perbezaan 6.3 mata. 180 dewasa aktif berumur 18 hingga 30 tahun menamatkan kajian.

Kajian ini menilai bahan FORTIGEL® yang diuji, bukan formula siap Fortiflex. Hasil individu boleh berbeza.

FORTIGEL® ialah bahan utama dalam Fortiflex.

Formula jeli ini turut mengandungi Boswellia AKBA, ekstrak Haskap dan Inulin.

Ringkasan produk

Apa yang kita dapat
dalam Fortiflex?

Perkara yang dinilaiDalam Fortiflex
Bahan utamaFORTIGEL® daripada GELITA, Jerman.
Tujuan penyelidikanKetidakselesaan sendi ketika bergerak.
Bahan pelengkapBoswellia AKBA, EnduBerry™ Nu ekstrak Haskap dan Inulin.
Bentuk amalanJeli koyak-hisap, tanpa bancuhan.
Rasa & isi kotakPomegranate Mix Berry · 10 sachet setiap kotak.

Sumber bahan & pengeluaran

FORTIGEL® yang kami guna
daripada kulit lembu.

SUMBER FORTIGEL® YANG DIGUNAKAN
100%
BOVINE

Daripada kulit lembu.

Dokumen bahan mentah

Bahan mentahnya
bersijil halal.

Pihak kilang membekalkan salinan sijil bahan mentah GELITA yang dipaparkan di bawah.

Skop dalam dokumen:

“Bovine collagen hydrolysate/peptides”. Bovine bermaksud lembu.

Lihat sijil bahan mentah ↓
Salinan sijil halal bahan mentah GELITA dengan watermark HerbaLuxe, Islamisches Zentrum Aachen, 3 Jun 2025

Salinan dokumen asal

Sijil halal
bahan mentah GELITA.

Pengeluar bahan
GELITA AG · Eberbach, Jerman
Penerbit sijil
Islamisches Zentrum Aachen
Dikeluarkan
3 Jun 2025
Tempoh pada dokumen
Tiga tahun dari tarikh dikeluarkan

Dihasilkan di Malaysia

Dihasilkan oleh kilang
Bumiputera di Malaysia.

HACCPSistem kawalan keselamatan makanan di kilang, bagi skop pengeluaran makanan.
MeSTIFasiliti pengilang berdaftar dalam program keselamatan makanan MeSTI.
Halal fasilitiPengilang mempunyai fasiliti bersijil halal.

FORTIGEL® daripada kulit lembu. Sijil halal bahan mentah dipaparkan di atas. Pensijilan fasiliti pula merujuk kilang. Permohonan sijil halal produk Fortiflex sedang diproses.

Pesanan rasmi HerbaLuxe

Beli terus melalui
HerbaLuxe.

  • Kotak berjenama HerbaLuxe dengan seal.
  • Pesanan melalui halaman atau WhatsApp rasmi.
  • Pasukan yang boleh dihubungi untuk semakan produk, cara amalan dan bantuan pesanan.

Antara yang terawal mencuba

Apa yang dikongsi
oleh tester Fortiflex?

Tester berkongsi pengalaman ini secara lisan dengan pasukan HerbaLuxe:

Sendi terasa
lebih ringan.

Rumusan perkongsian tester

Pergerakan terasa
lebih selesa.

Rumusan perkongsian tester

Pergerakan dirasakan
lebih luas.

Rumusan perkongsian tester

Rumusan maklum balas lisan tester. Pengalaman setiap individu boleh berbeza.

Tentang rasa dan cara makan.

Jelinya sedap, rasa berry, tak macam supplement lain yang terpaksa telan.

Maklum balas pengguna Fortiflex

Senang, koyak hisap sahaja. Saya jenis malas telan pil.

Maklum balas pengguna Fortiflex

Anak saya pun suka rasanya, senang nak ingat amal setiap hari.

Maklum balas pengguna Fortiflex

Nak buat kerja harian dengan lebih selesa.

Nak bangun dari kerusi, keluar berjalan atau urus keperluan sendiri tanpa terlalu risau tentang pergerakan.

Cara makan Fortiflex

1 sachet setiap pagi.
Sekali sehari.

Jeli sedia dimakan. Koyak dan terus makan.

Ambil pada waktu pagi.

Jadikan sebahagian daripada rutin pagi supaya mudah diingati.

Koyak sachet dan terus makan.

Tak perlu bancuh dengan air atau telan pil.

Simpan di tempat kering dan sejuk.

Simpan sachet yang belum dibuka di dalam kotaknya.

Perjalanan bersama Fortiflex

Apa perubahan yang dilaporkan
dalam kajian FORTIGEL®?

Kurang sakit ketika berjalan, naik tangga dan melutut. Inilah antara dapatan kajian bahan FORTIGEL® selepas 12 minggu.

  • Berjalan dengan lebih selesa.

    Pengurangan sakit ketika berjalan lebih besar dalam kumpulan FORTIGEL® berbanding plasebo, mengikut penilaian doktor.

  • Naik tangga dengan kurang sakit.

    Peserta yang mengambil FORTIGEL® melaporkan pengurangan sakit ketika naik tangga yang lebih besar berbanding kumpulan plasebo.

  • Melutut dengan lebih selesa.

    Peserta juga melaporkan pengurangan sakit ketika melutut yang lebih besar dalam kumpulan FORTIGEL® berbanding plasebo.

TEMPOH KAJIAN BAHAN FORTIGEL®12 minggu

Dikaji dalam aktiviti harian.

BerjalanNaik tanggaMelutut

154 peserta dewasa dengan ketidakselesaan lutut atau pinggul menamatkan kajian dan dianalisis.

Lihat kajian FORTIGEL® ↑

Dapatan ini merujuk kajian bahan FORTIGEL® yang diuji. Pengalaman dan tempoh hasil setiap individu boleh berbeza.

Membeli untuk mak ayah?

“Takpe, biasa la
sakit orang tua.”

Tapi kita nampak mak susah bangun dari kerusi. Nak sujud lama pun tak selesa.

Kita nak mak ayah dapat buat urusan sendiri dengan lebih selesa. Kalau membeli Fortiflex untuk mereka, terangkan cara makan dan tanya bagaimana pergerakan mereka sepanjang penggunaan.

Pesanan boleh dihantar terus ke alamat mak ayah.

Anak membantu ibu bangun dari kerusi

Lagi perkongsian pengguna

Tentang rasa, rutin
dan pesanan yang diterima.

Tak masam, tak hancing macam kolagen lain.

Maklum balas pengguna Fortiflex

Kotak elok, seal rapi bila sampai.

Maklum balas pengguna Fortiflex

Dah jadi rutin, amal setiap pagi selepas sarapan.

Maklum balas pengguna Fortiflex

Pengalaman setiap individu boleh berbeza.

Pakej Fortiflex

Nak cuba satu kotak
atau ambil bekalan sebulan?

1 kotak = 10 sachet.
Pilih bekalan 10, 20 atau 30 hari.

Ilustrasi lori kurier Ninja Van dan kotak parcel

Bayar online atau bayar bila barang sampai.

BAYARAN ONLINEPenghantaran percuma
COD · BAYAR BILA SAMPAITambah RM10 setiap pesanan
KOS SEHARI PALING RENDAH

3 Kotak

30 sachet · Bekalan 30 hari

Pakej 3 kotak Fortiflex bersama hadiah

Harga asal RM305

RM189

Jimat RM116

+ Hadiah Misteri

RM6.30 sehari

COD: tambah RM10/pesanan

Tempah 3 Kotak →

2 Kotak

20 sachet · Bekalan 20 hari

Pakej 2 kotak Fortiflex

Harga asal RM228

RM139

Jimat RM89

RM6.95 sehari

COD: tambah RM10/pesanan

Tempah 2 Kotak →

1 Kotak

10 sachet · Bekalan 10 hari

Pakej 1 kotak Fortiflex

Harga asal RM135

RM89

Jimat RM46

RM8.90 sehari

COD: tambah RM10/pesanan

Tempah 1 Kotak →

Stok baharu sudah tersedia. Pilih pakej yang sesuai dengan rutin Anda.

Setiap pesanan: COD, bayar bila barang sampai · Penghantaran seluruh Malaysia

Ada soalan?

WhatsApp Kami

Bayaran online: penghantaran percuma. COD: tambah RM10 setiap pesanan.
Harga pakej dan kos sehari di atas belum termasuk caj COD. Kos sehari berdasarkan amalan 1 sachet sehari. Tempoh bekalan bukan janji tempoh hasil.

Bantuan pesanan

Ada masalah dengan pesanan?
Hubungi kami.

01

Bayar apabila sampai.

COD dikenakan caj tambahan RM10 setiap pesanan. Jika bayar online, penghantaran percuma.

02

Rosak atau tak lengkap?

Barang sampai rosak atau tak lengkap? Hubungi kami untuk gantian.

03

Bantuan sebelum & selepas beli.

Boleh WhatsApp kami untuk bertanya tentang produk, cara makan atau pesanan.

Ikut arahan penggunaan pada label. Pengalaman penggunaan boleh berbeza antara individu.

Fortiflex · Jeli kolagen sendi

Nak cuba Fortiflex?

Pilih pakej mengikut bekalan yang diperlukan. Setiap kotak mengandungi 10 sachet jeli rasa Pomegranate Mix Berry.

Pilih pakej Fortiflex →

Tentang produk & pesanan

Soalan lazim.

Saya dah cuba glucosamine / kolagen lain, tak menjadi. Apa bezanya Fortiflex?

Fortiflex menggunakan bahan bernama FORTIGEL® daripada GELITA, Jerman. Kajian terhadap bahan ini mengukur sakit sendi ketika bergerak. Fortiflex turut mengandungi Boswellia AKBA, ekstrak Haskap dan Inulin, dalam bentuk jeli sedia dimakan.

Fortigel® itu apa?

FORTIGEL® ialah bahan peptida kolagen daripada GELITA, Jerman. Peptida ialah cebisan kecil protein kolagen. Bahan ini dikaji pada manusia untuk ketidakselesaan sendi.

Boswellia Serrata pula?

Boswellia ialah herba berasaskan resin yang digunakan dalam tradisi Tanah Arab. Sebatian AKBA digunakan untuk menyokong keselesaan sendi.

Beza kolagen sendi dengan kolagen kulit?

Kolagen ada dalam pelbagai tisu badan, termasuk kulit dan rawan sendi. Nama kolagen sahaja belum memberitahu tujuan sesuatu bahan. FORTIGEL® ialah peptida kolagen yang dikaji untuk sendi. Kolagen Jenis II pula ialah salah satu kolagen dalam rawan; ia berbeza daripada peptida FORTIGEL® yang digunakan sebagai ramuan.

Berapa lama untuk nampak beza?

Tempoh dan pengalaman penggunaan berbeza antara individu. Ikut arahan pada label dan perhatikan keselesaan ketika melakukan aktiviti harian.

Kenapa jeli, bukan pil?

Jeli sedia dimakan dan senang dibawa. Koyak sachet dan terus makan, tanpa perlu membancuh atau menelan pil.

Fortigel® selamat?

Bahan dari GELITA Jerman, dikilang di kilang berdaftar MeSTI & HACCP. Jika mengambil ubat tertentu, rujuk pengamal kesihatan dahulu.

Berapa caj COD? Kalau bayar online, ada caj postage?

COD ialah bayar apabila barang sampai. Caj tambahannya RM10 untuk satu pesanan, sama ada beli satu, dua atau tiga kotak. Jika bayar online semasa membuat pesanan, penghantaran percuma.

EnduBerry™ Nu itu apa, dan kenapa ada dalam Fortiflex?

EnduBerry™ Nu ialah ekstrak buah Haskap. Ia mengandungi antosianin, sejenis antioksidan yang boleh meneutralkan molekul yang merosakkan sel. Ia ramuan dalam Fortiflex, berbeza daripada rasa Pomegranate Mix Berry.

Apa manfaat yang saya boleh harapkan daripada rutin ini?

Fortiflex digunakan untuk menyokong keselesaan sendi. Dalam perkongsian lisan dengan HerbaLuxe, tester menyebut sendi terasa lebih ringan serta pergerakan lebih selesa dan luas. Pengalaman ini boleh berbeza bagi setiap orang.

Berapa lama perlu diamalkan?

Ikut arahan penggunaan pada label. Perhatikan pengalaman sendiri; jika ketidakselesaan berterusan, dapatkan nasihat pengamal kesihatan.

Kolagen Fortiflex daripada haiwan apa? Bagaimana dengan status halal?

Kolagen FORTIGEL® yang kami gunakan datang daripada kulit lembu. Istilahnya bovine. Salinan sijil halal bahan mentah boleh dibaca pada halaman ini. Pengilang mempunyai fasiliti bersijil halal; permohonan sijil halal produk Fortiflex sedang diproses.